Saturday, August 14, 2021

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana, angka kes kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 semakin meningkat dengan peningkatan kes kanak-kanak memasuki ICU akibat Covid-19.  


Bicara sihat sesi ketiga telah disampaikan oleh Dr Haslina iaitu seorang Pensyarah Perubatan yang juga merupakan seorang Pakar Paediatrik dan telah dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Yasran yang merupakan pelajar Perubatan tahun empat dan juga AJK Medisza. 


Program telah berlangsung lebih kurang sejam dengan sesi soal jawab yang dilakukan menggunakan 'FB Live' menggunakan FB rasmi Fakulti Perubatan. Program sesi ketiga juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua.  

Semoga semua yang menonton mendapat manfaat dan dapat mempraktikkan ilmu ini dalam kehidupan seharian.


"Unity For The Sake of Humanity"

Medical Students Association of UniSZA 2020/2021






Saturday, July 31, 2021

BICARA SIHAT II - COVID-19 : KENALI DAN FAHAMI VARIAN BARU (Dr Nurulhuda)

Pada tarikh 31 Julai 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi kedua, dengan tajuk Covid-19, kenali dan fahami varian baru, berikutan isu semasa yang merisaukan rakyat Malaysia iaitu kemunculan varian Delta. Hal ini memberikan lebih kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia memandangkan varian Delta boleh merebak lebih pantas dan meluas. 

Bicara sihat sesi kedua telah disampaikan oleh Dr Nurulhuda iaitu seorang Pensyarah Perubatan yang juga merupakan seorang Pakar Perubatan Keluarga dan telah dipengerusikan oleh Saudari Rasmiyati Arinah yang merupakan pelajar Perubatan tahun satu dan juga AJK Medisza. 

Program telah berlangsung lebih kurang sejam setengah dengan sesi soal jawab yang dilakukan menggunakan 'FB Live' menggunakan FB rasmi Fakulti Perubatan. Program sesi kedua juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua. 


Friday, July 30, 2021

MOCK OSPE YEAR 1 - SESSION 2020/2021

Pada tanggal 30 July 2021, telah berlangsungnya Program Medical Brainstorming : Mock OSPE & PBQ di siaran Webex Meeting dari pukul 8.30 hingga 11.00 malam.

Setiap tahun, MediSZA akan mengadakan program Mock OSPE demi memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 1 berkaitan peperiksaan yang akan dijalani.

MOCK OSPE merupakan sebuah pengenalan kepada pelajar tahun 1 mengenai format peperiksaan akhir semester terutamanya OSPE (Objective Structured Practical Examination) yang merupakan sesuatu yang baru bagi pelajar tahun 1.

Selain itu, pengenalan PBQ (Problem Based Question) juga diberikan kepada pelajar tahun 1. Sebanyak 20 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang sekumpulan menyertai program ini. Peringkat akhir bagi menentukan pemenang dinilai melalui soalan MTF (Multiple True False) dan OBA (One Best Answer) Kahoot. 

Program ini dikendali oleh Ahmad Syauqi bin Mohamed Ridhwan, pelajar tahun 3, Exco Akademik dan Intelektual MediSZA, merangkap pengarah program ini. Selain itu, seramai 20 orang sukarelawan juga terlibat bagi menjayakan program ini. 

Harapan kami agar pelajar tahun 1 mendapat manfaat dari program ini dan selamat menduduki peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang!

Friday, July 16, 2021

BICARA SIHAT SESI I - BANTUAN ASAS KESIHATAN (Panel - Dr Muna Hamiza)

Bermula 16 Julai 2021, Fakulti Perubatan telah menganjurkan program Bicara Sihat secara berkala sebagai satu inisiatif untuk memberi info dan maklumat bermanfaat kepada masyarakat dalam pandemik Covid-19.

Poster Program Bicara Sihat Sesi I 
Bagi sesi 1, ia dimulakan dengan tajuk Bantuan Asas Kesihatan Mental yang telah disampaikan oleh Dr Muna Hamiza yakni seorang Pensyarah Fakulti Perubatan dan juga merupakan seorang Pakar Psikiatrik. Majlis ini telah dikelola oleh moderator Nur Syafiqa Natasha iaitu salah seorang Pelajar Perubatan tahun 3 dan juga merupakan AJK Medisza.

Program ini telah berlangsung selama lebih sejam setengah dengan sesi soal jawab melalui platform 'FB Live' menggunakan Facebook rasmi Fakulti Perubatan. Sambutan yang menggalakan diterima daripada semua lapisan masyarakat sama ada komuniti UniSZA sendiri mahupun masyarakat luar. 







Monday, January 20, 2020

Ceramah Doktor dan Dakwah Bil-Hal

   Pada 18 Januari 2020, MediSZA dengan kerjasama Surau al-Amin telah menganjurkan program DOKTOR DAN DAKWAH BIL-HAL untuk memberi pendedahan awal tentang satu pertubuhan yang dikenali sebagai Briged Bakti Malaysia (BBM) kepada mahasiswa mahasiswi perubatan UniSZA. 



   Ceramah santai diberikan oleh Dato Dr Abdul Razak Bin Kechik, pengerusi BBM. Tetamu khas yang tidak asing lagi bagi kita iaitu pensyarah kita Prof Dato Dr Ahmad Zubaidi Bin A. Latif dan Prof Dr Mohd Nor Bin Gohar Rahman turut hadir bagi memeriahkan majlis. Perkongsian ringkas juga diberikan oleh En. Helmi bin Mohd Noor (YDP Briged Bakti Malaysia Negeri Terengganu) dan Leftenan komander Hj Mohd Sofi. 









   Program ini dikendalikan oleh Muhammad Yasran Bin Hanafi, pelajar tahun 3, Exco kebajikan, Kerohanian dan Keselamatan MediSZA. Semua pelajar Muslim perubatan UniSZA diwajibkan hadir dan pelajar bukan Muslim adalah dialu-alukan. 



   Program ini diharap mampu menaikkan semangat para pelajar perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan kerana pelajar didedahkan dengan misi, visi dan falsafah Briged Bakti Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang membudayakan semangat tolong-menolong.





-18 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"

LAWATAN PELAJAR MRSM KUALA BERANG



   Pada 18 Januari 2020, MRSM Kuala Berang telah mengadakan lawatan ke Fakulti Perubatan UniSZA sempena Fraternity Reward Day -Road to SPM. Seramai 33 orang pelajar Tingkatan 5 yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Semester 2 2019 beserta 2 orang guru pengiring terlibat dalam program ini. 


  Pihak MediSZA juga telah memberikan sedikit pendedahan kepala pelajar MRSM kuala Berang tentang cara-cara melakukan CPR, organ manusia serta penggunaan mikroskop.




   Kami sangat berbesar hati kerana pihak MRSM Kuala Belang sudi untuk hadir ke Kampus Perubatan UniSZA. Pihak MediSZA mendoakan kejayaan kepada pelajar-pelajar MRSM Kuala Berang yang bakal menghadapi SPM tahun ini.





-18 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE HUMANITY"


Sunday, January 19, 2020

Jualan makanan anjuran MediSZA


  Pada 17 Januari 2020, bertempat di kafe kolej kediaman MAIDAM, exco ekonomi dan keusahawan telah mengendalikan jualan bulanan kepada pelajar-pelajar perubatan Unisza. Jualan yang dilakukan pada harı tersebut merupakan perasmian untuk jualan yang akan dilakukan kelak.



    Sambutan yang yang sangat menggalakan diterima pada harı tersebut. Harapan kami adalah untuk menambah lagi menu untuk jualan akan datang dan kami berharap juga agar sambutan lebih meriah dapat diterima dari pelajar-pelajar perubatan UniSZA.




-17 Januari 2020-
"UNITY FOR THE SAKE OF HUMANITY"


BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...