Saturday, April 2, 2011

SEMINAR KESIHATAN AWAM 2011

Pada 24 Mac 2011, Centre of Clinical and Quality of Life Study (CCQoLS), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan " Seminar Kesihatan Awam 2011". Seminar ini adalah sambungan daripada "International Conference of Health 2008" yang diadakan pada 24 Ogos 2008 di Kampus Gong Badak UniSZA. Seminar ini telah diadakan di Dewan Teater Kampus Kota, UniSZA.

SEMINAR KESIHATAN AWAM 2011

Seminar ini melibatkan staf FPSK UniSZA, Pelajar Perubatan Tahun 2 UniSZA dan juga peserta luar. Seramai 200 orang telah menyertai seminar ini. Penglibatan pelajar perubatan tahun 2 bertujuan memberi pendedahan tetang kesihatan awam disamping itu ia juga merupakan salah satu sesi pengajaran/kuliah untuk Module "Public Health 1".


Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan FPSK Prof. Dr. Ahmad Zubaidi dan seterusnya upacara perasmian oleh Naib Canselor UniSZA Dato' Prof Dr. Alias Daud. Antara penceramah yang dijemput adalah, Prof. Dato' Dr. Syed Mohamed Aljunid daripada UNU-IIGH Kuala Lumpur, Prof Ann Bryan daripada University of Chester, Prof. Dr. Abdul Rahman Esa daripada UniSZA dan Prof. Dr. Arunodaya Barman juga daripada UniSZA.

Antara pengisian sepanjang seminar adalah:
  1. Health System in the 21st Century ( Prof Dato' Dr. Syed Mohamed Aljunid)
  2. Ethical Issues In Public Health research ( Prof. Dr. Abdul Rahman Esa)
  3. Public Health In Undergraduate Medical Education ( Prof Dr. Arunodaya Barman)
  4. Making A Difference In Health and Social Care ( Prof Ann Bryan)


Prof Dato' Dr. Syed Mohamed Aljunid
UNU-IIGH Kuala Lumpur



Pendaftaran peserta seminar








Sesi bersama Prof Ann Bryan from University of Chester


Kenangan bersama Prof Ann Bryan

"Translating Public Health to the Community 21st Century Focus on Research on Medical Education and Social Care"

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...