Friday, March 15, 2013

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS & CPR (CARDIOPULMONARY RESUSCITATE) PELAJAR TAHUN 4 MBBS UniSZA


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Alhamdulillah dengan berkat Illahi pada 22 & 23 Februari 2013 yang lalu, seramai 30 orang ahli Medical Students Association of UniSZA (MediSZA) yang juga merupakan pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dengan jayanya telah menjalani "Kursus pertolongan Cemas & cardiopulmunary Resusitate (CPR)".

Program ini telah dianjurkan oleh Medical Students Association of UniSZA (MediSZA), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSZA dengan kerjasama Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ). Program yang mengambil masa selama dua hari ini telah diselia oleh staf-staf Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ yang terdiri daripada dua orang pakar perubatan kecemasan, seorang pegawai perubatan, 3 orang penolong pegawai perubatan dan 3 orang jururawat.

Kursus ini dilaksanakan bagi melengkapkan pelajar perubatan UniSZA dengan asas pertolongan cemas yang mana boleh diaplikasikan ketika mereka sedang mengikuti kursus klinikal di hospital, ketika mereka melangkah ke alam pekerjaan dan sekaligus diharap dapat diguna pakai ketika mana saat kecemasan. Program ini bakal dijalankan kepada pelajar perubatan UniSZA yang melangkah ke alam klinikal iaitu bermula dari tahun 3 pengajian. 

Kursus ini dilaksanakan sepanjang dua hari yang mana pada hari pertama para pelajar diberikan penerangan secara teori dan praktikal oleh para pelatih berkenaan asas-asas pertolongan cemas serta cara-cara menggunakan difibrilator kepada pesakit yang memerlukan. 

Kemudian pada hari kedua, para pelajar perlu mengambil peperiksaan teori dan peperiksaan praktikal yang mana para pelajar diberi arahan untuk melakukan asas pertolongan cemas mengikut situasi yang diberikan oleh para penilai. Para pelajar harus lulus kedua-dua ujian bagi membolehkan mereka mendapat sijil menandakan mereka mempunyai asas kemahiran untuk melakukan pertolongan cemas di masa hadapan kelak.

Dr. Azlie Hassan, Pakar Parubatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah

Alhamdulillah, selepas tamat bengkel ini, Dr Azlie Hassan iaitu Pakar Perubatan Kecemasan HSNZ mengumumkan yang semua pelajar yang menduduki peperiksaan lulus dengan cemelang. Selain itu, dua orang pelajar juga diumumkan sebagai peserta terbaik dimana mereka mendapat markah tertinggi untuk kedua-dua ujian iaitu teori dan praktikal.

Perasmian Penutup oleh Prof. Madya Dr Azmi Hassan, Penasihat Medical Students Associatio of UniSZA (MediSZA)

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Azmi Bin Hassan, Penasihat Medical Students Association Of UniSZA (MediSZA). Beliau berharap agar bengkel ini diteruskan pada masa akan datang dan juga berharap agar semua pelajar dan peserta dapat mempraktikan apa yang mereka pelajari.

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua staff Jabatan Kecemasan dan Trauma HSNZ yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...