Friday, February 14, 2014

Year 1 Pre-OSPE


Alhamdulillah, pada 22 Januari 2014 yang lalu, pihak MediSZA telah berjaya menjalankan sebuah program 'Year 1 Pre OSPE' yang bertempat di sekitar asrama Maidam. Program ini telah dijalankan dengan objektif mendedahkan pelajar-pelajar tahun 1 kepada bentuk-bentuk dan format peperiksaan OSPE yang akan dihadapi. Setakat ini, MediSZA telah berjaya mengadakan program ini selama tiga tahun berturut-turut dan akan menjadikannya program tahunan bagi membantu ke arah kecemerlangan akademik ahli-ahli, khususnya yang berada di tahun praklinikal. Program ini telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada pelajar-pelajar tahun 1. Diharapkan semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dengan memberi gambaran bagaimana sesebuah peperiksaan OSPE dijalankan, serta menentukan topik bagaimana yang berpotensi untuk disoal di dalam peperiksaan OSPE.


Barisan AJK yang menjayakan program


No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...