Wednesday, April 30, 2014

Outreach Rukhsah Solat



poster outreach

Anjuran
surau al amin
dengan kerjasama
image
Alhamdullah, syukur kepada Allah, Yang Satu, kerana dengan izinNYA, sebuah program anjuran Surau Al-Amin, Kolej Kediaman MAIDAM dengan kerjasama MediSZA telah berjalan dengan jayanya.
     Program Outreach Rukhsah Solat ini mensasarkan pendedahan mengenai rukhsah dalam solat kepada pelajar menengah rendah. Pihak Surau Al-Amin menyedari kepentingan pendedahan awal secara teori dan aplikasi kepada pelajar dari sekolah menengah adalah penting dalam mencorak generasi yang menyedari kepentingan serta kewajipan menunaikan solat bukan sahaja di waktu lapang atau sihat tetapi juga ketika berada dalam keadaan apa pun yang mengehadkan pergerakan ataupun dalam keadaan kesihatan yang terbatas.
     Program Outreach Rukhsah Solat ini merupakan kesinambungan daripada program Fiqh Solat Ketika Sakit yang juga pernah dianjurkan oleh Surau Al-Amin kepada siswa dan siswi UniSZA, khususnya yang tinggal di Kolej Kediaman Asrama MAIDAM.

solat ketika sakit

     Pihak Surau Al-Amin telah memilih pelajar tingkatan satu dan dua dari Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu untuk diberi pendedahan khas mengenai perkara-perkara berkaitan solat ketika sakit. Fasilitator-fasilitator yang dipilih daripada program Fiqh Solat Ketika Sakit telah menjalani latihan khas di mana mereka telah dibekalkan dengan sebanyak mungkin input untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar MRSM Kuala Terengganu.

     Tentatif program adalah seperti berikut:
7.45 pagi: Pendaftaran peserta
8.00: Kata alu-aluan
8.10: Ucapan pengarah program. (saudara Sharil Iman)
8.20: Bacaan Doa
8.30: Slot 1 (Teori) oleh saudara Hafez
9.40: Slot 2 (Demonstrasi) oleh saudara Mujib
10.30: Minum pagi
11.00: Slot 3 (Pengurusan Diri) oleh saudari Hanani
11.20: Slot 4 (Praktikal)
12.20 tengah hari: Slot 5 (Kes Senario)
12.40: Slot 6 (Kuiz Kumpulan)
1.00: Majlis Penutup
1.30 :: Solat Zuhur
2.00 petang: Sesi fotografi
2.15: Bersurai
     Dalam slot pertama, saudara Hafez telah memberi pengenalan dan penerangan secara ringkas mengenai kepentingan serta kewajipan solat. Dalam slot kedua, saudara Mujib menekankan tentang konsep bersuci serta pelaksanaan solat ketika sakit secara praktikal. Slot ketiga pula telah diisi oleh saudari Hanani dengan penerangan yang panjang lebar mengenai kepentingan pengurusan diri secara berhemah.

     Slot keempat, kelima dan keenam, ditangani oleh fasilitator-fasilitator dengan menggunakan pendekatan berbincang secara berkumpulan. Pendekatan ini melancarkan lagi penyampaian ilmu secara langsung. Kuiz secara berkumpulan juga telah diadakan untuk menguji kefahaman serta tahap penerimaan pelajar mengenai perkara berkaitan.

     Majlis penutup telah dirasmikan oleh Prof. Rahmah, wakil pensyarah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSZA. Dalam ucapan penutup, beliau telah menyuarakan harapannya semoga program ini berhasil dalam mendidik generasi-generasi baru agar lebih mementingkan solat yang sempurna dalam kehidupan serta dapat menyampaikan kelebihan dan aplikasi solat dalam kehidupan kepada masyarakat sekeliling sebagai pulangan daripada program tersebut.

     Kesimpulannya, program ini secara keseluruhannya telah mendapat reaksi yang sangat positif daripada peserta-peserta program. Mereka juga telah meluahkan harapan agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam skala yang lebih besar. Kami dari pihak MediSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur, pihak Surau Al-Amin diatas kesudian mereka menjalankan program bersama kami yang mendatangkan banyak manfaat kepada komuniti setempat.

No comments:

Post a Comment

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...