Wednesday, April 30, 2014

Outreach Rukhsah Solat



poster outreach

Anjuran
surau al amin
dengan kerjasama
image
Alhamdullah, syukur kepada Allah, Yang Satu, kerana dengan izinNYA, sebuah program anjuran Surau Al-Amin, Kolej Kediaman MAIDAM dengan kerjasama MediSZA telah berjalan dengan jayanya.
     Program Outreach Rukhsah Solat ini mensasarkan pendedahan mengenai rukhsah dalam solat kepada pelajar menengah rendah. Pihak Surau Al-Amin menyedari kepentingan pendedahan awal secara teori dan aplikasi kepada pelajar dari sekolah menengah adalah penting dalam mencorak generasi yang menyedari kepentingan serta kewajipan menunaikan solat bukan sahaja di waktu lapang atau sihat tetapi juga ketika berada dalam keadaan apa pun yang mengehadkan pergerakan ataupun dalam keadaan kesihatan yang terbatas.
     Program Outreach Rukhsah Solat ini merupakan kesinambungan daripada program Fiqh Solat Ketika Sakit yang juga pernah dianjurkan oleh Surau Al-Amin kepada siswa dan siswi UniSZA, khususnya yang tinggal di Kolej Kediaman Asrama MAIDAM.

solat ketika sakit

     Pihak Surau Al-Amin telah memilih pelajar tingkatan satu dan dua dari Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu untuk diberi pendedahan khas mengenai perkara-perkara berkaitan solat ketika sakit. Fasilitator-fasilitator yang dipilih daripada program Fiqh Solat Ketika Sakit telah menjalani latihan khas di mana mereka telah dibekalkan dengan sebanyak mungkin input untuk dikongsi bersama pelajar-pelajar MRSM Kuala Terengganu.

     Tentatif program adalah seperti berikut:
7.45 pagi: Pendaftaran peserta
8.00: Kata alu-aluan
8.10: Ucapan pengarah program. (saudara Sharil Iman)
8.20: Bacaan Doa
8.30: Slot 1 (Teori) oleh saudara Hafez
9.40: Slot 2 (Demonstrasi) oleh saudara Mujib
10.30: Minum pagi
11.00: Slot 3 (Pengurusan Diri) oleh saudari Hanani
11.20: Slot 4 (Praktikal)
12.20 tengah hari: Slot 5 (Kes Senario)
12.40: Slot 6 (Kuiz Kumpulan)
1.00: Majlis Penutup
1.30 :: Solat Zuhur
2.00 petang: Sesi fotografi
2.15: Bersurai
     Dalam slot pertama, saudara Hafez telah memberi pengenalan dan penerangan secara ringkas mengenai kepentingan serta kewajipan solat. Dalam slot kedua, saudara Mujib menekankan tentang konsep bersuci serta pelaksanaan solat ketika sakit secara praktikal. Slot ketiga pula telah diisi oleh saudari Hanani dengan penerangan yang panjang lebar mengenai kepentingan pengurusan diri secara berhemah.

     Slot keempat, kelima dan keenam, ditangani oleh fasilitator-fasilitator dengan menggunakan pendekatan berbincang secara berkumpulan. Pendekatan ini melancarkan lagi penyampaian ilmu secara langsung. Kuiz secara berkumpulan juga telah diadakan untuk menguji kefahaman serta tahap penerimaan pelajar mengenai perkara berkaitan.

     Majlis penutup telah dirasmikan oleh Prof. Rahmah, wakil pensyarah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UniSZA. Dalam ucapan penutup, beliau telah menyuarakan harapannya semoga program ini berhasil dalam mendidik generasi-generasi baru agar lebih mementingkan solat yang sempurna dalam kehidupan serta dapat menyampaikan kelebihan dan aplikasi solat dalam kehidupan kepada masyarakat sekeliling sebagai pulangan daripada program tersebut.

     Kesimpulannya, program ini secara keseluruhannya telah mendapat reaksi yang sangat positif daripada peserta-peserta program. Mereka juga telah meluahkan harapan agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam skala yang lebih besar. Kami dari pihak MediSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur, pihak Surau Al-Amin diatas kesudian mereka menjalankan program bersama kami yang mendatangkan banyak manfaat kepada komuniti setempat.

Pre-Family Day MediSZA


Pre-Family Day MediSZA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!!!

Alhamdulillah, pada 24 dan 25 April yang lepas, kita semua telah berjaya menjalankan dan memeriahkan program Pre-Family Day yang mana krew-krew terlibat sangat bertungkus lumus bekerja bagi memastikan program yang dijalankan berjalan lancar. Secara peribadinya,saya dan barisan ahli jawatankuasa MediSZA dan program Pre-Family Day ini amat berbangga dengan sambutan dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli sepanjang program dijalankan. Walaupun kehadiran masih belum mencapai 100% seperti yang amat diharapkan di tahun-tahun sebelumnya, ahli-ahli yang datang memang terbaikkk….Dari peserta, krew program, juri-juri, maskot, pengibar panji-panji dan bendera,  pasukan sorak hinggalah ke tukang ‘serve’ air untuk pemain…Semangat you all memang hebatt!!

Mungkin ramai (especially yang tidak hadir ke dua-dua hari tersebut) tak sedar atau mungkin tak tahu langsung tujuan sebenar Family Day ni diadakan. Ok lah, biar saya yang bercerita dlm ayat yg mudah-mudah di sini. Rasanya semua dah sedia maklum, kelas kita anak-anak medik di UniSZA ni sangat ‘packed’ dan ‘havoc’..Pra-klinikal dengan lecture notes, kelas-kelas subjek tambahannya..Yang klinikal plak dengan ‘on-call’, ‘BST-presentation’,seminar, CCCnya lagi…Brapa kali je jumpe dengan adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak batch lain hmm? Yang jumpa kat rumah, jumpa kat koridor aras, jumpa kat toilet, jumpa kat dalam surau, alhamdulillah..sekurang-kurangnya ada cara untuk kita berukhuwah dengan mereka..tapi nak cover semua 200+ ahli MediSZA ni memang x sempatlah kalau setakat macam tu kann..Jangan tipulah..ada kawan se’batch’ saya pun mengaku masih x kenal senior-senior yang sejantina, padahal kita kat sini kan satu keluarga jgk? Hah, macam mane plak bleh jadi macam tu? ~lalalala..tepuk dada tanyalah hati…

Atas sebab nak merapatkan hubungan (ukhuwah) sesama kita ni dan beberapa sebab lainlah, MediSZA telah berusaha mewujudkan ‘Pre-‘ dan ‘Real-Family Day’ ni kepada kita semua. Program ni juga telah dijadikan acara tahunan MediSZA dan buat pertama kalinya, pada tahun 2014 ni, keluarga MediSZA kita telah lengkap, cukup lima beradik! =D Dengan itu, saya dan barisan jawatankuasa MediSZA serta krew-krew amat berharap agar sambutan Family Day tahun ni akan menjadi yang paling meriah, paling gempak dan paling dabooommmm!!!! Jadi kepada semua ahli MediSZA yang kami sayangi, jommm kita serbu Family Day 1 dan 2 Mei ni!!!! Semoga ukhuwah yang kita bina ni diredhai Tuhan dan semoga kekal berpanjangan hingga akhir hayat nanti, insyaAllah…

Nantikan koleksi gambar wajah anda dan adik-beradik kita yang meriah, berseri-seri, comey-comey, keletihan, gila-gila, perasan dan macam-macam lagi okeyyy!!!





Sunday, April 13, 2014

~Korban Ilmu~

Sebagai ahli hadis, Imam Muslim sangat tamak dengan ilmu. Beliau terkilan sekiranya mengetahui ada ilmu yang belum dimiliki. Beliau akan berusaha memperoleh ilmu tersebut walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu. Sifat itu kekal dalam diri Imam Muslim sehingga akhir hayatnya.

Pada suatu malam, Imam Muslim sedang berdiskusi dengan ahli hadis dalam suatu forum. Tiba-tiba seseorang menyebut tentang satu hadis yang tidak diketahuinya. Hal ini membuatkan Imam Muslim terus berfikir. Beliau merasakan pernah mencatat hadis itu, namun terlupa di mana tulisan itu tersimpan.

Apabila tiba di rumah, beliau terus meluru masuk ke dalam bilik dan menghidupkan lampu. Beliau berpesan kepada ahli keluarganya agar tidak mengganggu. Namun apabila ahli keluarganya memberitahu ada seseorang memberi hadiah seraga kurma, beliau berkata “Berikan kurma itu kepadaku”.

Sepanjang malam itu, beliau menyelak lembar demi lembar buku catatannya. Habis satu buku, beralih pula kepada buku yang lain. Setiap kali habis membaca satu hadis, beliau akan memakan sebutir kurma. Tanpa sedar, ribuan hadis telah dibaca. Ribuan kurma juga telah dimakan. Sehinggalah keesokan harinya, beliau akhirnya menjumpai hadis tersebut. Dan pada masa yang sama, habis kesemua kurma di dalam raga dimakannya. Makan terlalu banyak kurma dalam satu masa menyebabkan suhu badannya meningkat. Tidak lama selepas itu, Imam Muslim jatuh sakit. Dan beberapa hari kemudian, beliau meninggal dunia. (Al Bidayah wa al-Nihayah~Ibnu Kathir)



Seorang pencinta ilmu tidak akan pernah ‘kenyang’ dengan ilmu. Bahkan ia akan terus mencari dan mencarinya hingga ke akhir hayatnya. Jika sifat tamak kepada harta merupakan sikap yang hina, tamak kepada ilmu pula adalah sikap yang terpuji.

Salah satu tanda tamak kepada ilmu adalah berasa kecewa apabila tidak memiliki ilmu yang dimiliki oleh orang lain. Sifat ini kan termasuk dalam hasad dengki. Namun, ia termasuk dalam kategori hasad dengki yang positif, kerana ia akan mendorong seseorang untuk menambah ilmu dan kepakarannya.

Rasulullah bersabda: “Tidak boleh hasad melainkan dalam dua perkara;1)Seseorang yang diberikan hikmah (ilmu) lalu ia mengamalkan dan mengajarkannya. 2) Seseorang yang diberikan harta lalu ia mengabiskannya untuk tujuan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Cinta terhadap ilmu membuatkan ulama (orang-orang berilmu/alim) menguasai banyak ilmu, hatta semua ilmu mahu dikuasainya, sekalipun itu mustahil bagi manusia biasa. Seringkali dikatakan, “Jika seseorang pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada ilmu, ilmu hanya akan ‘memberi’ separuh dirinya kepada pelajar itu. Nah, jika cinta kita kepada ilmu hanya setengah-setengah, berapa agaknya kadar ilmu yang akan kita peroleh?

~Ustaz Umar M Noor,UM

Dear sahabat sume..jadikan medan ilmu yang sedang kita pijak ini sebagai kenderaan untuk menuju matlamat dunia dan akhirat.."Belajar medik ni payah, perit", "Jadi doktor ni keje berat", "Being a doctor is a very tough job!" 

Despite of sume kata-kata orang (yang sebenarnya adalah fakta) ni, pastikan kita pandai ambil peluang. Memang belajar ni payah, perit. Ambik lah kos ape pun..Kos BM? Kos Sejarah? Undang-undang? Kejuruteraan? Sume payah woo..Nak suapkan makanan ke dalam mulut sendiri pun payah..Sape kata senang?? 'Senang' hanya hadir selepas kita menggagahkan diri mengharungi semua kepayahan dan keperitan tadi. Tu pun belum tentu lagi "senang" tu dalam tangan. 

Dah belajar takat UPSR, blaja lagi, sambung PMR, sambung SPM..pastu blaja da blaja lagi..nak keje plak..Jadilah ape pun..Cikgu? Jurutera? Peguam? Even tukang buang sampah kat tepi jalan pun belum tentu kita mampu buat tau! Bukan kutip sampah hok plastik hitam besar2 nun..Hok kecik2 macam plastik gula-gula, botol air, kotak kfc tu pun x reti2 nak buang elok-elok! (Pesanan masyarakat: Jagalah kebersihan alam sekitar-Tanggungjawab Kita BERSAMA...) Ilmu di kepala je x guna..Kena ada attitude, kena ada practice..baru lengkap..Hok tu yang orang kata keje jadi doktor ni berat..sebab bukan setakat kena ada kualiti2 tu, tapi kene MAINTAIN jgk kualiti2 tu to be the good, better and best doctor EVER!

Berikut saya sertakan sedikit sebanyak sifat 'nerd' yang x bnyk, sikit2 ada pun jadilah untuk jadi seorang doktor yang bagus, baik, hebat and dabooommmm...:
-tepati masa
-tidak ponteng (sekarang ramai HO dah mula berperangai mcm ni, so jaga-jaga!)
-jgn mengumpat orang, nnt kita terbiasa, silap2 hal pt sume terlepas kat orang lain. Mana pergi etika 'confidentiality' kita??!!
-kemas dan bersih (segala apa yang related dgn kita, drpd pakaian, kasut, stokin, gelang, rantai bagai, sampailah ke kereta, bilik, cadar, bantal peluk cium, meja belajar, tong sampah di bilik, alat-alat tulis, stethoscope, singki di pantri rumah, toiletries...sume kene ambik kira. BERSIHkan sume! Ingat, kuman-kuman bersama kita!
-jgn sombong dan berlagak, sbb kita punya matlamat sepatutnya ialah kebajikan pt, bukan kedudukan dan pangkat kita! The key for that success is T.E.A.M.W.O.R.K!
-jangan berjanji kosong (terutamanya hal yang kita tau faktanya bertentangan dgn apa yg dijanjikan)
-love dan passion sehidup semati kpd kerja yang kita buat utk kebajikan pt, ahli keluarganya dan orang-orang di sekitar. Bg yang muslim, saya pasti sume dah slalu dgr org kata kerja kita ni noble dan mnjadi ibadah jika dibuat dgn ikhlas. Dengarkan dan amalkanlah..Your heart can feel it if you've done something good with full of your heart. Isn't it?



~Unity for The Sake of Humanity~

BICARA SIHAT SESI III - LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI COVID-19 DALAM KANAK-KANAK (Dr Haslina)

Pada tarikh 14 Ogos 2021, telah berlangsung Bicara Sihat bagi sesi ketiga, dengan tajuk langkah-langkah melindungi  Covid-19 dalam kalangan ...